Selasa, 16 Disember 2008

tanggungjawab wanita

Aku mahu berkongsi sesuatu dengan seorang yang bernama wanita. Bagi aku,wanita ini indah. wanita ibarat bunga yang mekar dan wangi yang mampu mencairkan setiap orang melihatnya. Konklusinya,kedudukan seorang wanita amat istimewa.

Tetapi,amat mengecewakan..dunia semakin maju,tamadun semakin meningkat tetapi tidak mampu melahirkan wanita yang bermaruah dan pandai menjaga diri sendiri. Tidaklah aku kata semua wanita begitu. Tetapi kebanyakan yang berlaku di depan mata..seperti itulah.

Sebagai seorang wanita,aku sayang pada wanita-wanita yang lain. Tidak sesekali aku mahu sesuatu yang buruk terjadi pada kaumku sendiri. Jika aku ada kemampuan,seluruh wanita di dunia ini akan aku jaga,pelihara dan lindungi.

Kenapa?..kenapa jadi begini?..dan kenapa aku mempersoalkan hal ini? sebenarnya,aku sedih wanita sekarang senang saja memberi kehormatan kepada kebuasan nafsu yang tidak pernah puas. Semata-mata hanya kerana cinta..!. Sedarlah,itu bukanlah keikhlasan dan kejujuran cinta. Cinta itu indah,cinta itu istimewa,cinta itu aman dan bukanlah kotor dengan maksiat.

Wahai wanita!..sedarlah..kehormatan kamu lebih tinggi nilainya daripada nilai wang ringgit..janganlah kerana sikap kamu yang materialistik membutakan segala matamu dan mengalahkan iman kamu sendiri. Rugi!..rugi!!..sedarlah. Benda itu tak memberikan makna kebahagiaan kepada kamu. Hanya dipenuhi dosa dan akhirnya kamu dimurkai oleh Pencipta langit dan bumi yang Agung dan tidak dapat dibayangkan pada kebesaranNya.

Ada juga wanita yang menggunakan kelebihannya untuk memuaskan nafsu mereka. Satu kelakuan yang amatlah bodoh!. Sugarmummy?. Kecantikan?. Seksi?. Hah!!...tak kekal...
Mati!Tua!Bongkok! itulah jawapan akhirnya.

Jangan kamu salahkan takdir!!. Nasi sudah menjadi bubur. janganlah menyesal dengan menangis,menjerit-jerit,meronta-ronta,mencederakan tubuh sendiri dan paling dashyat memisahkan jasad dengan roh(bunuh diri). Mengarut!!!.

Gunakanlah penyesalan ini dengan meminta ampun kepada Allah. Dirikan solat sunat taubat. Allah itu Maha penyayang. Allah itu Maha pengampun segala dosa-dosa besar.

Aku juga tidaklah sempurna. Aku juga banyak melakukan dosa-dosa. Aku hanyalah manusia biasa. Tujuan aku menulis catatan ini hanyalah untuk menasihati wanita-wanita yang amat istimewa dan disayangi ini. Aku tidak mahu mereka menyesal dan memudaratkan diri mereka sendiri. Akhir kata,sebagai manusia biasa aku sayang kamu semua.